Nuffnang

Thursday, May 20, 2010

Breastfeeding TIPS



Alhamdulillah, wanita2 especially mommies dikurniakan nikmat untuk menyusukan anak. Satu nikmat yg tak ternilai bila dpt susukan anak-anak kita ni. 

Mama, sejak bersalinkan hannah memang berhajat nak susukan hannah sampai umur 2 tahun. Tapi sempat susukan dia sampai 1 tahun sebulan je. Jadi harapan nye, kali kedua ni dapat lah susukan hasya sampai 2 tahun. Memandangkan mama dh jadi fulltime housewife, mama kurangkan buat stok susu sebab hasya boleh menyusu direct drpda mama. Awal awal dulu ada jugak buat stok, tapi hasya taknak minum thru bottle. Last2 stok susu yg ada, mama campur dalam susu hannah, takde lah membazirkan :)

Ok, jom kita share tips untk penyusuan susu ibu 


  1. Antibodies are passed from mother to baby through breastmilk, which provide protection + immunity.Breastfeeding juga mengurangkan risiko alergi pada bayi.
  2. Pastikan bayi disendawakan @ burp selepas disusukan. Sekiranya bayi tak disendawakan, ia akan menyebabkan bayi senang mengalami kembung perut.
  3. Penghasilan susu memerlukan kalori yg banyak, jadi ibu lebih senang menurunkan berat badan. ( yup true , but in my case, i gained more weight  than i lose  :)
  4. Susu ibu lebih senang dihadam oleh bayi sekaligus mengurangkan masalah sembelit atau cirit birit.
  5. Ibu perlu mengamalkan diet yg sihat untuk menambahkan kuantiti susu.
  6. Peranan bapa juga perlu supaya ibu lebih bersemangat untuk menyusukan bayi.
  7. Dapatkan tido yg secukupnya ( exp : 6-7 hours/day). Kurang tido boleh menurunkan kadar penghasilan susu
  8. Susukan bayi sehingga dia betul2 kenyang.
  9. Menyusukan bayi boleh mengurangkan risiko kanser ovari, kanser payudara & osteoporosis.
  10. Breastfeeding menghasilkan 'bonding' @ ikatan antara ibu & bayi which is priceless.
  11. Ibu boleh menambah kualiti susu dengan minum susu yg sesuai untk penyusuan. 


mama guna set spectra3 nih untk buat stok susu





No comments:

Post a Comment