Nuffnang

Thursday, June 24, 2010

Sawang sawang ..... sudah update !!

Salam sumee ..... 

wahhhh dah bersawang blog kakak hannah ... 
(fuh fuh fuh ... kunun nyer tengah tiup tiup buang habuk la tu ..hihiih )

okeh sementara anak2 tak jerit mintak dilayan ... bleh la update blog .... 

okeh .. kali nih kita buat marathon update ....

banyak cerita nak di story mory kan .... 



Happy 2nd birthday sayang 

Alhamdulillah ... puteri sulung kami dah menginjak 2 tahun.
Mcm2 dah perubahan dia ..... 
cume sekarang ni lebih independent ... pandai main sorang .. pandai baca buku sorang dan ........ pandai jugak  cakap sorang ... hihihihi ...

Jadi sempena 2 tahun ni, kami buatkan 'birthday party' kecik untuk dia . Jemput jiran sebelah menyebelah je ..  
Kalo tolak campur family ... ada la dalam 30org .Bukan main excited lagi hannah bila org nyanyi lagu happy birthday utk dia .... siap tersenyum senyum kambing gitu .....
 
okeh cukup citer kakak hannah .. 


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





4 bulan 

cerita adik hasya pulak ....
Dah 4 bulan  budak tecik nih ....masa check up 4 bulan haritu ... timbang baru 5.5kg .. tak naik pun berat dari 3 bulan haritu ...
 bila dah pandai tengok2 org ni ... hari2 la kakak dok kacau dia .....dia dok sengih je.. 
pantang tengok adik dia dok diam ... ada je keje kakak  nak buat 
mula mula pegang2 
lepas tuh sayang2...
lama lama dah melarat  nak diketuk2 nyer adik tuh ......
adehhh .. kadang2 tuh nak tinggal adik sekejap pun cuak .. takut kakak buat bukan2 kat adik ..

Hasya dah boleh meniarap ... sengih sengih bila kena agah ... 
sekarang ni tengah blaja pusing pusing .... kalau dpt berpusing atas toto .... kemain suke dia ..
satu lagi .. habit terbaru dia ..... hisap tangan ....
Kalau dpt hisap tangan .... bleh tido lena dia .... 
bubuh je dlm katil dia .... terus.......... desuuppppp hisap tangan & tido 


"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"



weight loss 

Kakak hannah ...sejak dua menjak ni .. susah sangat nak makan .. 
kadang2  3-4 suap je dah taknak ... kadang2 langsung taknak makan ... nasib la nak jgak minum susu .. jadik takde la lapar sangat .
Selalunya dia ade mood nak makan kalau time malam ... 
Lepas ni nak cube bagi dia makan multivitamin ... 
mana lah tau .. tambah sikit selera makan dia .



okeh itu je la yg bleh di update untuk hari ni ..


Thursday, May 20, 2010

Breastfeeding TIPS



Alhamdulillah, wanita2 especially mommies dikurniakan nikmat untuk menyusukan anak. Satu nikmat yg tak ternilai bila dpt susukan anak-anak kita ni. 

Mama, sejak bersalinkan hannah memang berhajat nak susukan hannah sampai umur 2 tahun. Tapi sempat susukan dia sampai 1 tahun sebulan je. Jadi harapan nye, kali kedua ni dapat lah susukan hasya sampai 2 tahun. Memandangkan mama dh jadi fulltime housewife, mama kurangkan buat stok susu sebab hasya boleh menyusu direct drpda mama. Awal awal dulu ada jugak buat stok, tapi hasya taknak minum thru bottle. Last2 stok susu yg ada, mama campur dalam susu hannah, takde lah membazirkan :)

Ok, jom kita share tips untk penyusuan susu ibu 


  1. Antibodies are passed from mother to baby through breastmilk, which provide protection + immunity.Breastfeeding juga mengurangkan risiko alergi pada bayi.
  2. Pastikan bayi disendawakan @ burp selepas disusukan. Sekiranya bayi tak disendawakan, ia akan menyebabkan bayi senang mengalami kembung perut.
  3. Penghasilan susu memerlukan kalori yg banyak, jadi ibu lebih senang menurunkan berat badan. ( yup true , but in my case, i gained more weight  than i lose  :)
  4. Susu ibu lebih senang dihadam oleh bayi sekaligus mengurangkan masalah sembelit atau cirit birit.
  5. Ibu perlu mengamalkan diet yg sihat untuk menambahkan kuantiti susu.
  6. Peranan bapa juga perlu supaya ibu lebih bersemangat untuk menyusukan bayi.
  7. Dapatkan tido yg secukupnya ( exp : 6-7 hours/day). Kurang tido boleh menurunkan kadar penghasilan susu
  8. Susukan bayi sehingga dia betul2 kenyang.
  9. Menyusukan bayi boleh mengurangkan risiko kanser ovari, kanser payudara & osteoporosis.
  10. Breastfeeding menghasilkan 'bonding' @ ikatan antara ibu & bayi which is priceless.
  11. Ibu boleh menambah kualiti susu dengan minum susu yg sesuai untk penyusuan. 


mama guna set spectra3 nih untk buat stok susu





Tuesday, May 18, 2010

"Mama , jom main mainan ...suke" ! :)

Wahh tengok tajuk kali ni bukan main panjang lagi ... hihihih saje gune ayat yg hannah selalu guna. Yes , itulah ayat yg hari2 hannah dok sebut. Sejak 2-3 menjak nih asyik ajak main mainan je . Bila celik mata je, terus bunyi : " mama nak main mainan, ajak papa, suke suke" sambil anguk anguk kepala dia tanda suke sangat la tuh  Note : bukan nye dia ajak main mainan yg dia ada kat rumah. Mainan kali ni refer kepada mainan yg ada kat taman/ tesco atau McD.


Selalunya kalau bawak hannah pegi beli barang kat tesco, dia akan mintak nak main kat playground. Tapi kalau mama sorang, memang mama takkan approve la sebab malas sangat nak tunggu dia main. Kalau papa ada skali, baru bleh main. 

sekadar hiasan ye 

Walaupun dia suke main kat playground nih, kalau di ajak balik, tak susah sangat. Cuma ckp " lain kali kita dtg lagi" , sure dia ikut dgn senang hati :)


* time mama update blog nih, hannah kat sebelah dok sengih sengih tgk gambar playground kat atas ..... :)

Saturday, May 15, 2010

Update



Wahhh .. lama betul mama tak update blog. Sejak 2-3 menjak ni, banyak sangat keje sampai tak sempat pun nak bukak blog hannah. Apepun blog mama ade jugak update sikit2.

Okeh .. dah masuk bulan mei. Makin hari tempahan catering makin banyak ... amin alhamdulillah. Dalam sibuk2 buat keje, pikir pikir jgak nak buat besday hannah. Tapi tahun nih buat simple2 ajer. Makan2 kecik je. Macam biasa, mei la paling banyak besday yg nak diraikan. Jadi insyaAllah tahun nih sambut skali hannah, mariam & izzat. 3 org skali gus, jimat masa & ongkos nya !!! ohohhoo 

Memandangkan hannah suke thomas, jadik tahun nih, bleh la tempah kek thomas. Comeii kan ... awwww!!

pic googled : sekadar hiasan

Okeh cukup la update untuk kali nih. lenkali cerita lagik yee .... :) 

so till then ........ see ya !

Thursday, March 25, 2010

Pelbagai cerita

Salam semua ....





Introooo ................................(layan gambar dulu ye)








a .. b ..c ..




mama .. ni ape ?? 

 " baby ......

* gambar2 diatas menunjukkan hannah tengah membelek2 majalah Pa&Ma.


Selalunya masa masa boring , especially time malam ..( semua dah tido kecuali hasya) ...  mama akan meneruskan hobi membaca .. ( teeeeeeett ..bukan hobi pun sebenarnya ). Macam2 jenis buku & majalah yg dibelek2 kalau mata tak ngantuk. Kalau cerita pasal majalah, yg selalu dibeli : Pa & MA dan ANIS la. Yang lain2 tuh tengok topik menarik baru la beli .. jimat duit .. (padahal kedekut :) )

Bila mama baca majalah, hannah pun datang duduk dekat2 nak tengok skali majalah tuh. Kadang2 belum habis mama baca, dia dah tarik nak baca jugak. Kalau tak dilayan nanti mengamuk. Selalunya dia suka tengok gambar2 dalam majalah terutama skali kalau ade gambar budak2. 

Okey .. cerita adik hasya pulak ..

Tak banyak sangat cerita pasal budak kecik ni. Sebulan 22 hari, hasya makin mem'bulat' walaupun tak kuat minum susu .. kadang2 tu  4-5 jam baru nak minum. Bila dia tak minum, mama perah & buat stok ( dah dpt 20++ botol , tiap2 satu ada 3ml ). Suka sangat senyum2 dalam tido .. mimpi ape taktau laa ..


Friday, March 12, 2010

Officialy presenting our second NH

Alhamdulillah dah hari ke 40 berpantang ... so skrng boleh reveal bnyak cket gambar baby 


Presenting 

our second princess 

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Nur Hasya Hasrizal 

maknanya :

Nur - cahaya
Hasya - kesempurnaan 

Date of birth : 1 February 2010 ( ehem ehem ade org tuh excited lebih hasya keluar 1 feb ..guess who ??? )
Weight : 2.8kg 



hasya@15 days


hasya@39 days



Wednesday, March 10, 2010

Kakak Hannah & Adik Acaa

Ni la adik acaa saya. 


Alhamdulillah, dah nak habis pantang dah ... wehuuu tinggal 7-8 hari lagi, lepas tu dah boleh kembali kepada rutin kerja mcm biasa.
Hannah sejak ada adik nih, mcm "tantrum" yg keluar. Mula - mula adik balik dari hospital, hannah buat tak layan je. Tapi lama2 dah mula nak sayang adik, nak pegang adik. Kalau tak dibagi pegang atau cium adik , mula la nak mengamuk.

Kadang2 kesian pulak tengok dia. Kalau dulu perhatian semua pada dia, sekarang ni perhatian dah terbahagi untuk "adik acaa" jugak. Sesekali dia cuba jugak tarik perhatian org suruh layan dia.
Positifnya, bila dia duduk main sorang2, dia suka pegang buku. Sampai hari ni, dah banyak objek & huruf yg dia kenal.


cubaan nak melukis huruf M

Thursday, January 28, 2010

Penghibur mama & papa

Puteri kesayangan kami ni dah nak masuk 1 tahun 8 bulan .. kalau nak cepat lagi, dah nak masuk 2 tahun dah 2010 ni. Alhamdulillah cepat rasa masa berlalu sampai kadang2 tak sedar si kecik nih dah besar. Dia la pengarang jantung, penghibur di kala kami sepi. Kerenah dia buat kami tersenyum .. kelakar sungguh anak dara kami nih.

Dah petah bercakap dengan pelat sikit2 tapi yg penting kami mudah faham ape yg dia nak bagitau. Kalau sehari tak tengok dia .. hadoiii rindu rasanya. Kadang2 dia ikut tokyah/opah atau autie2 dia jalan2, mama & papa dia kat rumah rasa sunyi je.

Vocab  terbaru :

M- mcdonald
Lapar  - lapar
Kunci - unci
Mickey - ickey / hotdog
Susu - susu
Panas - hot
Motor -  vroom vroom
Oren - oyen
Macam mana - caner
Ting tong ( bunyi lif )- ding dong


Betul2 la orang kata anak ni penyeri rumah tangga. Kalau dia takde rasa sunyi. Buat yg dah kahwin, tapi belum dikurniakan anak, doa banyak, insyaALLAH ada rezeki tu. Cuma lambat dengan cepat je. buat yg ade anak, jaga lah amanah tu baik2. Anak2 la aset kita nanti.

Sunday, January 24, 2010

Mintak satu ...

Sekarang ni hannah dah pandai mintak kalau ada barang yg dia nak.
Selalunya kalau dia nak satu2 benda tuh, dia akan tengok dulu lepas tuh dia pegi dekat2 & cakap "mintak satu" sambil hulurkan tangan dia.
Selalunya makanan. Kalau dia tengok ada benda yg kita makan & dia berkenan, dia akan datang lepas tuh hulur tangan sambil cakap "mintak satu". Kadang2 nak tergelak tengok gelagat dia mintak tuh.

Kalau dia nak mintak barang kat shopping complex pulak, selalunya toys la kan , dia akan cakap nak tu .. nak tu sambil tunjuk pada barang yg dia nak. Tapi kalau tak dapat barang yg dia nak tu, tak pulak dia mengamuk.



Friday, January 8, 2010

Happy Birthday Tokyah

Happy besday to u .....
Happy besday to u ......
Happy besday to tokyah ....
Happy besday to u......uuuuuu :)

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan tokyah hannah
Allah selamatkan kami .... jeng jeng 


Semalam 8 Januari 2010 - kami raikan besday tokyah hannah yg ke 66. Alhamdulillah, buat makan kecik kecik je .. sambil makan sate & makan kek .. yesss kek mesti tidak dilupakan. Tahun ni, taknak beli Secret Recipe dah sebab tahun lepas, tiap kali besday mesti beli kek SR sampai dah muak dah.

Untuk tokyah : Hannah , Papa & Mama - doakan semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yg baik dan dirahmati dunia akhirat ... amin