Nuffnang

Saturday, December 26, 2009

M for .....


M ... for  Mc Donalds

Hannah sekarang ni dah kenal signboard McD. Kalau lalu je depan McD, dia akan pandang je sambil sebut M...M ..M..M..M . Tak tahu la dari mana dia belaja pasal M. Kitaorg jarang bawak dia pegi McD ni. Pernah sekali dua je bawak dia.



Friday, December 18, 2009

Waktu Makan .....

Memandangkan hannah dah 1 tahun 6 bulan++, rutin makan dia pun selalu berubah - ubah.
Buat masa ni tak susah nak bagi dia makan, cuma bila "mood" dia tak elok, semua benda dia taknak makan. Kadang2 susah hati mama tengok dia taknak makan.

Mama ada baca buku2 berkaitan selera kanak-kanak nih. Selalunya sayur la benda yg paling susah dorang nak  makan. Hannah pun ada sesetengah jenis sayur yg dia tak suka. Selalunya sayur2 fav. dia : timun, carrot, bunga kobis, brokoli. Tapi 2-3 hari nih, dah ajar dia makan petola & taugeh. Alhamdulillah, dia suka, cuma jangan masak yg  pedas-pedas. Selalunya mama buatkan sup sayur je. Senang dia nak makan tambahan dia memang suka sup : sup ayam, sup ikan .. semua jenis sup la.


Sup ikan merah 


2 ulas bawang putih
sedikit hirisan halia
1 sudu kecil - rempah sup
1 keping isi ikan merah/jenahak
daun up
sedikit lada hitam
garam
minyak canola


  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & halia sampai layu & kekuningan
  2. Masukkan 2 cawan air dan rempah sup. 
  3. Bila dah mendidih, masukkan ikan, lada hitam & garam . Rasa & biarkan mendidih dengan api sederhana
  4. Masukkan daun sup, dan tutup api. 


Friday, December 4, 2009

Melting .. melting

Melting !!!??? ape yg melting ni ???

heheheh tade ape la .. yg melting ni .. hati kami (mama & papa) tengok  hannah ni.
Makin lama makin bijak, macam macam kerenah.
Kadang - kadang buat kami geram tapi selalunya hati kami cair tengok gelagat dia.




Mulutnya dah petah mengajuk cakap org mcm "parrot".
Dah pandai main sendiri ( mcm tau je tak lama lagi nak dpt adik)

Kalau bangun tido mesti nak tengok dia dulu , kalau pegi mana2 tak bawa dia rasa mcm kurang je. 1-2 jam tak nampak dia dah rindu rinduan. Hadoiiiii mcm ni rupanya penangan jadi mak ayah. Kalau boleh nak 24 jam  bagi perhatian dekat dia.



Nur Hannah ... we love u

Wednesday, November 18, 2009

Toys for her


Currently mama tengah cari-cari toys untuk hannah & soft toys untuk baby. Memandangkan mama tak sempat nak keluar jalan-jalan mencari kat shopping complex, maka online shopping memang la sesuai sangat. Mama ada browse 2-3 web yg sesuai tapi belum decide toys macam mana yg sesuai untuk hannah & untuk baby dah junpa 2-3 toys yg comeyy sangat.

Sekarang ni hannah suka sangat bola. Kalau boleh nak cari kan toys yg educational sket. Walaupun dia pun tak paham 100% lagi tapi sekurang - kurangnya dia dapat la blaja sikit2.

Ni antara toys yg mama rasa sesuai dengan umur dia :





mama ada belikan block dgn mcm2 bentuk, tapi hannah still belum boleh nak bezakan bentuk2 tu. Selain toys, buku pun sesuai untuk perkembangan budak2 . Mama ada belikan 2-3 buku yg ada flip flop segmen & hannah suka sangat sebab dia boleh rasa gambar dalam buku.

Friday, November 13, 2009

Hati-hati bila bercakap

Haluuuuuuu ..... *sigh* sigh*.. (mama update blog hannah nih dikala sume org nyenyak tido- 3.35am )

Hannah & papa dah selamat tido dengan nyenyak nye. Mama pulak sorang2 taktau nak buat ape tengah-tengah malam ni. Lately mama cepat mengantuk & selalu terjaga tengah malam. Selalunya time mcm nih diisi dengan tengok tv ataupun baca yasin.

Okeh jom citer pasal hannah ye. Alhamdulillah sekarang ni mcm2 perkembangan dia. Kadang2 buat mama letih melayan kerenah dia. Paling baru dia dah pandai mengajuk orang cakap. Ape yg kita selalu sebut, tu la yg dia ulang2 sepanjang hari. Kadang-kadang risau jugak takut terkeluar perkataan yg tak sepatutnya. Maklum la kita tak sedar yg dia dalam proses belajar.

Selalunya, dia akan ulang perkataan akhir yang dia dengar. Jadi sekarang nih kami yg dewasa nih, selalu la berhati2 bila cakap depan dia, takut2 terkeluar perkataan yg XXXXXX.


Her latest vocab :

taknak - nanak
nasi - acik
pakcik/makcik - acik
kawan - kawan
abang - abang
bas - school bas
car - car
panas - anas
masam - acam
sakit - akit
mandi - adi
bubble - abbel
kuku - tik
opah - pah
tokyah - ayah

* walaupun penat tapi seronok tengok anak sendiri membesar depan mata*

Sunday, October 25, 2009

My pumpkin


Dah dekat sebulan tak update blog hannah. Musim malas kembali lagi :)

Pejam celik pejam celik dah akhir bulan 10. 2 bulan lagi dah nak masuk tahun baru. Kejap je masa berlalu. Tak sedar pun. My sweet pumpkin pon dah makin besar, makin bijak, makin aktif. Hannah nak masuk 17 bulan dah. Tahun depan dah 2 tahun, insyaAllah bulan 2 dah jadi kakak pulak.

Macam2 perangai dia sekarang ni. Mulut pun dah petah cakap dengan pelat comel dia tu la.



mama dengan perut yang makin membesar nih dah tak larat nak melayan kerenah dia hari2. Berlari sana sini , pantang tengok orang kemas rumah, habis dia selerakkan balik. Selera makan pun makin hari dah makin baik. Menyusu pun kuat, 2 tin susu 1.7kg tuh tak sampai sebulan pun.

Thursday, October 8, 2009

Saya & adik

Adik .. dik .. adik

Sejak mengandung 2nd baby ni, hannah dah diajar sebut adik. Cuma kadang2 pelat budak2 ni maka keluar la mcm2 bunyi. Selalunya hannah akan sebut " atik" atau "dik"

Mula2 diajar "mengenal" bakal adik, hannah buat tak reti je. Sekarang dia dah mula alert bila sebut "adik". Bila disuruh sayang adik, hannah datang kat perut mama & terus cium sambil sebut "atik" : ) - sangat sweet .
Walaupun dia sebenarnya tak faham lagi sebenarnya ape yg berlaku tapi sekurang- kurangnya dia dah mula mesra dgn perut mama yg masih nampak mcm 4 bulan sedangkan dah nak masuk 6 bulan.



note : since tak tahu lagi baby boy @ girl, maka masih malas nak carik nama . any suggestion??

Sunday, September 27, 2009

Saya di pagi raya



Mama kata saya sangat "notti" di pagi raya sebab :


- saya sangat susah nak pakai baju raya yg mama & papa belikan

- saya menjerit2 time mama nak sikat & ikat rambut saya

- saya suka cabut ikatan rambut saya yg mama buat

- saya meronta2 masa nak tangkap gambar di pagi raya


"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
tapi

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
mama kata "mama tetap sayang saya " walaupun saya "notti" : )


saya kat rumah opah & wan

saya bergembira di atas sofa

" 2 mamat hensem yang belakang tuh bodyguard saya tau "



"eee ... saya tak suke sepit nih "

"mama .... jangan kacau .. saya nak sikat rambut nih !!


Saturday, August 29, 2009

Di satu malam & ....



Di satu malam - jam dah menunjukkan pukul 12.35 malam



di saat ini

mama dah mula menguap depan tv

papa pulak terlentok kat depan tv

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

anak dara kami

"
"
"
"
"
masih lagi segar & bergumbira depan tv ...

"
"
"
"
"
"

menonton cerita kartun nodie

sambil tersengih2


oleh kerana mama sangat la ngantok .. maka

"
"
"
"
"
"
"

mama pun bertindak menutup tv

dengan niat

biarlah budak nih boring & tertido

tapi

dia terus meraung2 sebab tak dapat tengok nodie lagi

&

terus menuju ke tv

"
"
"
"
"
"
"
"
taraaaaaaa ... terus dia "on" balik tv & sambung bergumbira dengan nodie


hadoiiiiiiii ... tido la sayangg oiii ...

Sunday, August 23, 2009

KLIA saya yg punya !!

Khamis lepas, kami sefamily- (without maknyah & papa ) hantar tokyah & opah ke KLIA.
opah & tokyah nak pegi umrah

Hannah kalo without papa - memang susah nak control. Mengamuk2 nak lari2 kat KLIA tuh.
Salah satu hobi dia - tolak trolley org. Kalau trolley tuh tak bergerak, mula la nak berguling2. Mama kadang2 jadik pressure jugak - hormon mengandung nih agaknye



tokyah & opah pegi umrah 2 minggu - sambil2 ziarah ke jordan.
hope semuanya selamat la .... amin



Balik Kampung

heluuuu

Sambungan dari previous entry nih- edisi balik kampung

On the way, kami tapau sate kat Restoran Jejambat Sg Buloh. Untuk bekal dlm kete , sempat mama beli whopper kat Burger King... takut2 papa ngantok masa drive.

Memandangkan dah lama tak balik kampung, kali nih kami balik 3 hari, jadi dapat la berehat2 lama cket. Yang seronoknya bile balik kampung nih, dapat makan ikan fresh2. Ader ikan sepat, puyu, keli - tangkap & terus masak ... best best bertambah la nasik sampai 2 pinggan.



Hannah seronok sangat la dapat jalan2 tepi sawah padi, tengok tali air. Kalau papa tak dukung, dah selamat la dia lari kat tali air. Mama mcm biasa la layan perasaan sebab mabuk sngt2.

Tuesday, August 18, 2009

Ape ape je la

Entry ni semestinya pendek & padat sebab mama taktau nak karang2 ayat (sngt blurr) Alhamdulillah, seperti yg dirancang, kami selamat sampai dari kampung smalam.
Seronok hannah dapat balik kg, jumpa sedara mara. Kebetulan uncle hannah pon balik kg jugak, maka penuhlah rumah opah & wan.

*kemudian lah ye gegambar nye*

Thursday, August 13, 2009

Jom Balik Kampung

hai hai ... salam dear reader(s)

Hujung minggu ni, to be axact - (jumaat), hannah nak balik penang. Bula pose pun dah tinggal seminggu je lagi, hannah dah lama tak jenguk opah dgn wan. Nak balik bulan pose takut letih pulak on the way. Selalu nye papa drive sambil kunyah2 jajan/biskut/roti.

Kali ni balik rumah opah & wan, hannah dah bleh jalan, dah pandai sebut 2-3 perkatan dgn pelat yg sangat comel. Nanti balik update lagik yekkk ... tatatititutu



*ape yg hannah dah bleh sebut*

jatuh = jaaa tuh

makan = kan

air = ai

lori sampah = pah

yakult = kut

buah = buah

nak = nak

ape = ape

kuih = eh

timun = mun

Sunday, July 19, 2009

Jom main futsal


Lama sungguh mama tak update blog hannah kan.

Sebenarnya malas nak manage 2-3 blog nih .... tader idea jadiknye. Nanti susah2 mama merge kan je blog hannah dengan blog mama.

Okeh citer di hujung minggu, dlm blog mama citer pasal putrajaya, untk blog hannah mama citer pasal futsal. Yayayay hannah pandai main futsal ??!!??

Mcm biasa - tiap2 sabtu malam papa pegi main futsal. Sabtu lepas hannah & mama + abg amai ikut papa pegi main futsal. First time hannah ikot papa. Hannah pantang la kalau nengok tempat luas mcm tempat main futsal nih, mula la dia nak berlari ke sana sini. Dengan condition mama yg semakin tak larat nih, termengah2 la mengejar budak sorang nih



tapi alhamdulillah, hannah tak meragam pun. Maybe sebab excited sangat dpt tgk org main futsal.

Thursday, June 18, 2009

Kakak Wanna be

Tajuk entry macam citer "Datin Wanabe" ..ehhehe

Ok first of all ... syukur banyak2 alhamdulillah

kami di kurniakan lagih rezeki

Mama hannah - 7 weeks pregnant

InsyaAllah tahun depan hannah akan jadik kakak - so sekarang bleh la panggil dia kakak wanna be

Maybe hannah blom faham lagih, tapi takpe2 nanti dia faham la tuh

Hope pregnancy kali ni selamat semuanya ... amin

Wednesday, June 3, 2009

Little Einstein


Entry kali bukan pasal hannah. Ni adalah AMMAR @ einstein.

Kenape dia dipanggil einstein ??

- sebab dia dah pakai spec pada usia 8 tahun

- sebab dia antara yg bleh speaking english di kalangan adik beradiknya

- sebab dia nih kekadang sangat bijak & petah bercakap : cakap mcm org tua nih

- sebab dia suke tengok citer little einstein



okeh ape yg bleh dilihat pada gambar2 diatas. Nih adalah aksi2 si einstein bergambar dengan bentuk2 yg telah dia hasilkan dengan lego hannah. Bijak jugak, dia bleh buah 11 bentuk dengan lego kurang daripada 50pcs.

ahahah sebenarnya si einstein nih sibuk suh buat entry pasal dia maka HAMBEEEK la entry nih ye einstein ooooiii

Monday, June 1, 2009

Birthday Party

Ahad lepas, kami buat makan2 sempena besday izzat-maryam-hannah.

Majlis simple je , makan2 pastu buat game sikit.

Alhamdulillah semua berjalan lancar .. happpppy sangat






Tuesday, May 26, 2009

Happy Birthday.......

Front View

Rear View

Menjelang 1 tahun

Dah lama mama tak updet perkembangan hannah kan .

Lagih 5 hari - genaplah hannah setahun. Ape progress dia ??


  • - dah mula bertatih sendiri ... 2-3 langkah duduk .... penat kot
  • - dah sebut perkataan yg simple : ape , mama , papa, pahpah (opah), baba, wiii (lori)
  • - suke sangat punggah almari buku
  • - dah kenal LORI & BURUNG
  • - suke sangat makan buah & timun
  • - kurang makan nasi
  • - dah pandai tengok kartun wondepets : ape yg penting kerjasama .. wonderpets wonderpets
  • - menangis kalau tengok orang kuar rumah tak bawak dia ..

alhamdulillah ...... bnyk perkembangan budak sorang nih ....

NUR HANNAH cepat2 besar ye ..


Tuesday, May 12, 2009

Menjelang Hannah's 1st Birthday

Lagi 2 minggu utnk hannah's 1st birthday party.

- time : done

- date : done

- menu : done

- cake : blom decide

-party stuff - 50% done

- goodie bags : 50 % done

- invitation : 70 % done

- Guest : almost done


haiihh .. leceh jugak nak buat party si kecik ni. Takder experience .. so tak bleh nak pikir ape nak buat. Anyway .. buat kecik2 je .. buat kenangan kan. Nanti hannah besar bleh tunjuk gambar.

Monday, May 11, 2009

Birthday girl - kakak maryam

Happy Birthday MARYAM

11 May 09 - it's maryam 5th birtday.

Alhamdulillah ... dah besar kakak maryam nih.

Okeh story mory cket pasal kakak maryam.

Kakak maryam nih anak bongsu maklong hannah (family mama) & the only girl in her family.

petite girl .. susah sngt nak makan ... suke sangat BEAR. Dah berpuluh bear di simpan .. tapi still nak beli yg baru

she is cute ... aren't she ???? cute laa ... mcm maklong hannah


so besday party kakak maryam buat skali dgn hannah & abg izzat nanti .


Happpppppy Birthday Girl

Wednesday, April 29, 2009

Playing with her BARNEY


Lately hannah dah mula suke dengan bear BARNEY tuh. Memula geli2 nak pegang BARNEY tuh, kalo suruh sayang (cium) pun dia takmo. Sekarang dah bleh golek2 dalam playpen dengan BARNEY . Yayayay selamat tinggal DOLPHIN.

Hari2 nengok BARNEY nyanyi kat lappy kot , tuh yg dia dah bleh "kawan" dgn BARNEY.

pssst : DIBO gendut pon comei jugak... awww

Wednesday, April 22, 2009

Seorang papa mengajar anaknye membaca buku

waaah panjang tajuk entry
ini ialah sebuah entry dengan struktur ayat mengikut buku teks sekolah ye ... sila jangan ketawa semasa membaca yaaa

lepas solat maghrib, papa yg mithali nih terus mengajar puteri kesayangan nyer membaca buku yg baru dibeli hujung minggu lepas. Mula2 puteri comel ni menjerit nak makan buku yg dipegang oleh papanya. Kemudian puteri nih mula menunjukkan minat dengan gambar2 yang ditunjuk oleh papa nye.

Dengan kuat papa mithali ini terus membacakan buku untk anaknya itu. Hampir 5 minit, puteri ini mula menunjukkan kebosanan dengan berpusing2 sambil menjerit ... perhatianya terhadap buku sudah mula menghilang. Dia mula menarik suratkhabar untk dikoyak koyakkan.

Maka papa mithali ini terpaksa menamatkan pengajaran nye pada malam itu ... hik hik anak udah bosan


notes : syabas abang !!... sila la baca kan buku tiap2 hari ye untuk anak tersayang.

Sunday, April 19, 2009

Book Fair - PWTC


Today we went to Book Fair - PWTC
Mama yg excited sangat nak beli buku untk hannah
kalo pegi memang rambang mata la nak beli buku ape ... ramai la promoter yg sibuk dok promote set buku dorang .. hehehe

cam biasa .. hari ahad kan .. tambah la ramai org ..
memula pi carik buku hannah dulu .. untuk age mcm hannah nih ... sesuai beli yg ade gambar2 je
Bagi dia kenal dulu dengan gambar .. belikan jgk flashcard tuk dia

lepas settle buku hannah .. carik buku mama plak
papa nak beli buku ADOBE .. tapi tade plak edition yg dia bekenan .. so taderr beli la ..
mama beli buku & magazine je .. anyway .. hepi laaaa sangat dpt beli buku untk bucukkk sorang tuh





Wednesday, April 15, 2009

Merah Ke ?? Kuning Ke ?? Coklat Ke ?

Ni bukan suruh pilih pensel kaler ekkk ..

okeh .. memandangkan lagi sebulan lebih je besday hannah .. maka mama sangat lah excited membuat preparation untk besday nyer nanti .

Macam yg dah dirancang ... besdat hannah nak celebrate skali dgn cousin hannah : Izzat & maryam

so kali nih 3 in 1 celebration la.

So sekarang ni tengah pilih kaler untk party nye nanti .. nak buat kaler merah ke kuning atau coklat .. ataupon campur2 je kaler ape pun ??

masa pi jenjalan aritu ader nampak gown kale coklat with polka dot ... so sweet ..

Kalo beli kat hannah .. nak belikan skali untk maryam .. so 2 besday girl pakai gown yg sama ... sweet laaaaa.. so tak dpt decide lagih kaler ape nak dibeli ...
setakat nih 2-3 items dah plan dah .. tinggal nak beli je ...

Kali ni party nak buat kat umah maklong hannah .. sebab katenye nak jemput kengkawan anak dia .. maklum laa anak dia bnyk kawan .. ehehh kalo buat kat umah kitaorg tader plak kengkawan dorang nak datang ... jauh seh

Friday, April 10, 2009

At last ...yes ... A .. B .. C .. D

remember my recent entry .. pasal hannah tamau makan ..

yayay .. at last dah ade penyelesaiannye

harituh ade beli organic vege alphabet .. tiny tiny alphabet which is sangat cute !! ohhoo masa nampak pi beli brg kat MLO arituh, terus je sambar .. yes nih la benda yg dicarik

balik umah ... terus je rebus alphabet nih then masak sup ayam

bagi hannah makan alphabet nih dgn sup ayam tuh ..

oooo dia suke sngt (maybe sebab alphabet tuh super dupe cute .. alhamdulillah dia tak buang plak)



see .. i manage to susun the alphabet .... "mama love hannah"

so sekarang ni .... hari2 makan alphabet tuh .. but resepi lain2 la ...

so mommy2 yg lain bleh try beli alphabet nih sebab kids sure suke nengok makanan dorang


Tuesday, April 7, 2009

Hunting for FM

Oul lil hannah dah 10 month++
lagi 2 bulan dh setahun dh ..

Bile setahun, susu pun kena tukar dah ..
currently mama tgh survey2 untk 1years & above

mama ader request sample untk Enfagrow, Sustagen & Neslac Excella Gold.
nanti bleh la bagi hannah try mana yg sesuai.
Sample enfagrowm dah sampai .. tunggu yg lain2 plak

Paed suggest pakai brand yg sama .. which is Mamil Gold step 3
But mama nak bagi try enfagrow dulu.

Tak kisah la murah ke mahal ke .. janji susu tuh sesuai dgn hannah .

*my niece-maryam minum enfagrow & dia slalu ckp :

"maryam minum susu giraffe (refer to enfagrow), nanti bleh jadi tinggi mcm giraffe"

Makan ... makan ... & makan

Lame mama tak hupdet blog hannah
kadang2 rasa nak merge je blog nih jadi satu blog ...
senang cket nak handle .. satu entry pon dah ok ...

bila ade 2 blog .. kena ader 2 story la plak ...
udah la mama sangat ketandusan idea ni ... tolong la ujan kan cket idea ... hik hik

okeh .. kali nih story mory pasal makanan ... yay mama suke pasal makan2 nih .

lately hannah tamau makan sngt
kalo dulu .. mama masak bubur .. senang je dia makan
sekarang ni .. dia dah pandai korek2 sgala makanan dlm mulut dia ... waaaa

sian plak .. takut dia lapar .. tapi memang dia tamo makan .. nak wat camne nih ..
dlm sehari .. paling kuat pon dia makan dalam 5 suap je .. pastuh tamo dah
kadang2 masak makanan yg lain2 sket mcm pasta, bihun @ mee .. dia makan la jgk cket2

ooooo ... risau plak pikir2 kan pengarang jantung sorang ni..
ye laa ..budak tengah nak besar .. kena cukup zat, vitamin untk tumbesaran
dah kalo tamo makan camnoo laaa nak dpt zat .. harapkan susu je la

mommy lain blehla kongsi2 idea .. camne nak bagi hannah makan lebih cket ....


Friday, April 3, 2009

Ole - ole from UK

Chelsea ... chelsea ... chelsea ...

Hari nih hannah dapat ole ole from uncle kebar ..
uncle kebar nih kawan papa masa matrix dulu ... ...

Uncle kebar baru balik dari UK



hannah dapat coklat, mama dpt fridge magnet, papa plak dpt baju team peberet dia .. chelsea..

anyway .. time kasih ye uncle kebar ..


She loves lappy

Holaaaa ...

After dinner tadi, relax2 tgk tv sambil check mail ...

Tahu ape yg hannah buat ????

oooooo.... dalam diam2 dia dok explore lappy kat atas sofa ..

selalunya kalo dia nampak lappy .. dia terus ketuk2 keyboard...

BUT ......

kali ni dia tak ketuk ... slow2 je dia tekan keyboard tuh sambil senyum2 tgk screen ade mickey mouse tuh ..

sesambil tuh dia dok bercakap2 .. baaa ... aaaa aaa maaaa .. ape la cik kak nih cakap ..

Nampaknye kena beli mini lappy kat dia nih .. sebab kalo pi jenjalan & dia nampak mini lappy utk kids nih .. dia excited sambil jerit2 .. maybe dia nak suh mama dia beli kot ...


Tuesday, March 31, 2009

Tido time ..

tido ... sleep .. zzzz

citer pasal tido .. ape yg baby selalu buat sebelum tido
mama ader baca pasal tido untk baby nih. Tido bagi baby ni sngt penting sebab ia mempengaruhi tumbesaran seseorang baby tu.

Untuk pastikan baby dapt tido yg sempurna & berkualiti .. aktiviti sebelum tido bnyk membantu. Walaupun masa tido .. otak baby ni tetap bekerja .. So mama kongsi sikit cara yg mama baca tentang mcm mana nak bantu baby dpt tido yg sempurna.

  1. Buat aktiviti waktu siang : time siang ni la boleh bagi baby main aktiviti yg berat sket
  2. Tido siang yg pendek - kalau boleh .. time baby tido siang nih kurangkan cket sebab kalau lama sngt tido siang ... nanti malam baby susah nak tido
  3. Waktu tido yg konsisten : kalau boleh .. tido kan baby nih time yg sama tiap2 hari supaya dia biasa dgn rutin tido dia.
  4. Aktiviti ringan - sebelum tido .. bolehlah bacakan buku yg ringan kandungannya & sesuai dgn umur baby .. buku yg bnyk warna boleh stimulate otak baby nih dgn lebih berkesan .
  5. Pastikan diapers baby dh ditukar & baby dah disusukan sblm tido. Ni boleh memastikan baby kenyang dan tido dgn nyenyak.
  6. Urut baby dgn minyak - ni boleh bagi dia tenang & selesa masa tido

Alhamdulillah, lil hannah tak bnyk masalah sngt kalo pasal tido nih . Siang hari dia tido dlm 3-4 kali (20min - 1jam) , malam biase nya dia tido dlm 10.30 sampai la ke pagi ..

So mai la para mak2 sekalian .. kita pastikan anak2 kesayangan kite nih dpt tido yg sempurna .... supaya dia bangun esoknye dgn ceria & gembira .

hEY i'M 10 month now

salam sumer .... gud morning , gud afternoon & gud nite ...

Today 31st march 09 -hannah dah 10 bulan. Hari ni hannah pegi monthly check-up.
Hannah pi klinik dgn mama ... luckily org tak ramai, so cepat lah turn hannah.
Okeh .. perkembangan terkini hannah :

-berat hannah - 8.5kg

- hannah dah boleh bye-bye, salam & give me 5

- gigi pon dah ader 6 batang (2 bawah-4 ats)
suke sngt geget org .. tak kira laa tangan ke .. kaki kee ..telinga ke .. sume laa janji bleh geget

- kalo time tido .. dia nak org nyanyi selawat & tepuk2 dia

- dah pandai goncang gate kalo nak keluar ....

- masih lagi suke mengutip segala benda yg dia nampak atas lantai...

- dah pandai comunicate dgn org dlm bahasa yg dia sorang je paham..


hihii ....sngt sernok tgk perkembangan dia ..

selamat ulang-bulan yg ke 10 darling ..hehehhe

Saturday, March 21, 2009

Second Child ..

Second child ... anak ke-2

No no no ... eheheh mama hannah tak pregnant lagih ehehhh ... no gosip2 ek

Okeh talking about 2nd child syndrome .. mama hannah ade baca cket2 pasal 2nd child syndrome nih . Bukan ape kadang 2nd child syndrome nih boleh bwk tekanan kalo tak hadapi dgn tenang. So mama dok baca cket2 la untk maklumat diri sendiri


Sindrom 2nd child ni selalunya jadi kerana kehamilan yang tidak dirancang. Sepatutnya setiap kehamilan ni dirancang dan dikehendaki seseorang ib. Selain itu kesihatan ibu semasa kehamilan itu mesti berada pada tahap yang sangat baik.

Biasanya anak kedua ni berbeza dgn anak sulung sebab anak sulung nih sngt dinanti2 espcly untk pasangan yg baru kawen. Jadi bila mengandung anak sulung nih , memang ibu2 gembira dan excited nak tunggu bayi dilahirkan

Anak kedua ni kadang2 lahir dlm jangka masa dimana seseorang ibu tuh belum bersedia untk menghadapi proses kehamilan lagi. Jadi ibu ni akan melalui proses kehamilan dgn tekanan pada emosi

So bila dah tau sket2 pasal 2nd child syndrome, yg penting kita kena bersedia ... tawakal .... dan terima je rezeki yg ALLAH nak bagi kan . Anak nih kan rezeki. Ramai lagi org yg lama dah nak ada anak sendiri tapi rezeki blom lagi ALLAH nak bagi.

~ hoho me tak kisah pon kalo ader 2nd child dlm masa terdekat :) ~

Thursday, March 19, 2009

Tag Mummy Izz

okeh entry kali nih nak jawap tag dari mommy izz @ pn wana.
Udah lama tag nih tertunda .. maka kali nih berjaya jgak di settle kan.

jom layannnn almari hannah

ni pandangan depan ek .... gobok nih dok dlm bilik baju ... tepi tuh drawer untk baju hannah yg dah tak pakai ... terutama baju newborn

ni bahagian dlm almari .. belah kanan tuh gantung baju hannah
blah kiri plak baju pregnant mama hannah ..

ni pulak bahagian bawah ... kotak kanan skali untk baju tido .. belah kiri baju siang
belah depan nye kotak untk kasut.. bedak & segala stokin2 yee .. ni sume ikeaaa mari ..

belah bawah tuh ade tempat simpan brg2 yg jarang pakai ..


atas almari ade pelampung & stok pampers hannah


eheheh sekian je la cerita lemari hannah yee....

sesape yg rajin rasa nak wat tag ni sila lah ek ...

Tuesday, March 17, 2009

Organic

Organic
Talking about organic .. lately me sngt teruja nak beli brg2 organic.. especially stuff for lil hannah. Nowadays dah bnyk brg2 baby yg organic.

Salah satu yg me plan nak beli : BUDS- brg penjagaan bayi - 100% organic.
Dulu masa pregnant ... me ade try minum milkmaid tea from Earth Mama Angel Baby. Best ... sngt .. then me beli Baby Bottom Balm also from EMAB.

Okeh .. ckp pasal BUDS ni antara brg2 nyer :



ni cleanser







head to toe wash



lotion

baby oil

Harga untk brg2 BUDS ni berpatutan dgn kualiti produknya.
Tak sabar nak habiskan cetaphil hannah ... ehhehe nak try BUDS plak

Wednesday, March 11, 2009

Playing with a stacking block



Tengok la gmbr hannah main dgn block tuh. Block tuh covered dgn number. Ade 3 block - bleh di "stack" . Dulu masa memula beli, hannah tamau main pon dgn block tuh .... kekadang dibaling nyer ..... booom .. boom.. nasib baik la tak hancur. Nowadays dia dh suke main block tuh .. nengok la sampai pusing2 , tonggeng2 kusyuk main block tuh. FYI me & mr hubby tak beli bnyk mainan pon untk hannah sebab selalunya dia tamau main. So kami beli 2-3 je la yg sesuai untk age dia.

Since dia tgh blaja nak jalan nih, me planning nak beli something untk dia blaja jalan

ni pon cam ok

ni pon best jgk

Sunday, March 8, 2009

Rehat rehat di hujung minggu

Lama dah mama tak hupdet blog lil hannah

tape kita tunggu hannah hupdet blog dia sendiri ek .......

weekend panjang nih kami melepak kat umah je

today .. kami buat makan2 (i mean lunch together)

Dah settle kemas umah .. kalo rajin nak pi main bowling ..

ok ... enjoy your weekend

Monday, March 2, 2009

Hey si gadis yg manis


ececece mcm lagu je tajuk entry

hmm nengok gambor diatas , ehehhe nih pn eryn yg ngajor camner nak buat gambor nih ... time kasih la pn eryn ye

okeh hari nih hannah dah 9 bulan 2 hari ... besor dh cik kak mama nih ..
tgh gambor tuh .. dari 1st day sampai la 9 bulan .. bnyk perubahan .. dari kurus lahir dgn berat 2.5kg ... sampai la skrg sehat bagai juara ..

Hannah dah boleh berdiri & jalan ikut tepi sofa .. sesekali ..gedebekkkk jatuh . tapi adat la kan .. baru blaja mesti ader jatuhnya .
2-3 hari nih hannah tak sehat sngt .... demam selsema batuk . Sian sngt tgk time dia batuk ... bleh rasa peritnya tekak ... sian cayang mama nih
badan pun dah susut .. timbang kat doc pon tak naik .. dok 8 kg je .. pipi dah kureng tembamnya ... woohhh cepat baik ye sayang
Hannah dah bleh cakap2 ... selalu dia sebut .. abaaaah .. maaaa ... baaa .. daaa

wahh tak sabar tunggu hannah bleh berlari ...... bleh main kejor2 ek ...

~ hannah , we love u ~